KENAPA KOS SESEBUAH FOTOGRAFI WEDDING MAHAL?
Dikala keheningan pagi, angin sepoi sepoi bahasa ada pasangan bakal pengantin berkata...."Kenapa pakej mahal ?"
Lalu dengan penuh konfiden saya berkata "ada lagi mahal dari pakej nie"
Mereka bertanya kembali " orang lain punya murah jerk saya tengok"
Maka dengan penuh senyuman yg paling manis dalam hidup saya membalas " lain jurufoto lain harga..lain sentuhan dan lainlah pakejnya"..
Kemudian pasangan tersebut senyap dan termenung seketika..lalu berkata kembali."hurmm takpe laa..saya tgk dulu yeah"...
(cerita ini hanyalah rekaan semata mata..mahu hidup ataupun yg telah kembali)...saje nak kasik intro....
Tetapi sebenarnya itulah hakikatnya...
Zaman sekarang nie...photographer muncul bagaikan cendawan...dan ada yg baru beli kamera semalam esok sudah mahu buat job kawin...
So dengan adanya ramai photographer ini...maka banyaklah harga yang berbeda...ada harga yg boleh menjerut leher jurufoto itu sendiri dan ada juga yang mencecah 5 angka.....
Sebagai penguna pernahkah anda terfikir kenapa harga jurufoto tue jauh lebih murah dari jurufoto lain..dan kenapa jurufoto itu harganya mahal dari harga jurufoto lain?
Pernah terjadi..belaku kepada sahabat saya sendiri...disebabkan mahu mengambil murah dan kerana kesian sebab kawan itu baru mencuba untuk menjadi wedding photographer...maka end result hancur belaka....so camna? event tak boleh diulang semula ..terpaksa laa redha dengan seadanya...banyangkan kalau terjadi pada bakal pengantin...adakah anda boleh terima kejadian seperti sahabat saya itu?
Tetapi disini saya bukan nak mengatakan mengenai jurufoto yang tumbuh bagai cendawan tetapi memberitahu kenapa pakej wedding photography mahal..tetapi kenapa ia mahal
1. Pembelian alatan kamera dan penyelengaraan kamera
Yang paling utama dan perkara asa dalam bidang wedding photographer ini adalah kamera.Dengan adanya kamera barula kerja boleh jalan.Harga kamera untuk makluman,sebijik kameraentry level sekali lense dan flas berharga lebih kurang rm2000 keatas.Itu baru yang entry level jikalau membeli pro body lagi la kan...So tidak munasabah shoot wedding mengunakan compact kamera, Bayangkan hanya RM 450 untuk sesebuah pakej wedding? Sampai bilakah mahu pulang modal.
Itu hanya satu perkara sahaja, perkara yang kedua, tentang penyelenggaraan kamera. Macam kamera saya, 3 tahun dah, macam-macam masalah yang mungkin datang kalau tak di maintain betul-betul. Antaranya fungus pada lens, masalah pada lens tak bleh nak focus ngan betul, flash tak nak nyala, adakalanya malang tidak berbau, lens atau kamera jatuh ke, sekurang-kurangnya dalam pakej fotografi sudah ada cover semua tu. kemudian hari nanti boleh guna bila benda ini rosak. Semua ini memerlukan wang. Jangan lupa, sampai tempoh nya, anda perlu membeli kamera yang baru. Semua benda ada ajalnya sendiri melainkan Allah. Malah malaikat maut pun last sekali pun turut dicabut nyawanya oleh Allah sendiri.
2.Tenaga dan Kretiviti
Dalam mengambil jurufoto wedding bukan anda hanya membayar untuk sebuah album tetapi tenaga kerjanya,pengalamannya kretivitinya jugak. Pernah terbaca dari sebuah blog jurufoto wedding, tak tau betul ke tak. Ada sorang mamat tu mintak Leonardo Da Vinci untuk melukis sesuatu potrait kalau tak silap aku. Leonardo melukisnya sekejap je, pastu beliau meminta bayaran nya. Mamat yang mintak lukis tu pun bertanya," kenapa mahal sangat walhal ko lukis kejap aje". Leonardo menjawab," aku bertahun-tahun untuk dapat kemahiran tu, barulah aku dapat buat macam tu". Nasib baik le Leonardo tak cakap, " ko lukis le sendiri, ko ingat senang ke aku belajar melukis!". Ternyata beliau profesional.
Daripada cerita itu.kita boleh simpulkan bagaimana ia mendapatkan skill tersebut dan kretiviti tersebut dengan susah.Bukan senang nak dapatkan idea dan kreativiti tersindiri .kite perlu berlajar dan mencari pengalaman untuk mendapatkan gambar gambar dan moment2 terbaik untuk kepuasan pengantin.
3.Selepas Majlis
Semua yg dinyatakan hanyalah semasa majlis dijalankan.Tugas photographer tidak habis disitu sahaja tetapi perlu transfer kedalam computer gambar gambar yg telah diambil dan transfer lagi kedalam external hd untuk dibuat back up.Selepas tu berlakula proses pemilihan gambar gambar yg terbaik untuk diletakan didalam internet,album dan sample.Bayangkanlah photographer perlu memilih gambo yg telah diambil perlu diteliti dengan terperinci dari satu gambar ke satu gambar untuk memlilih yg terbaik (purata gambar yg diambil dari 1000 keping hingga ke 2000 keping) ...mahu tak berpinar mata.Kemudian proses edit bermula..biasanya kalu mood baik 8-10 jam ...kalu mood jahanam..mahu makan masa lebih dari itu......
kemudian setelah siap proses pemprosesan,photographer perlu print gambar2 tersebut. Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
Sebenarnya banyak lagi kos-kos lain yang tersembunyi. Seperti cas untuk pembantu jurugambar, transport (ke majlis tersebut ataupun ketika kita berurusan), bil talipon, komputer pun kene beli, bayaran untuk penat lelah kita dan sebagainya.
Dalam perniagaan, kene ada untung, kalau setakat pulang modal, yang kita dapat hanya penat lelah sahaja. Baik kita berehat hujung minggu, makan gaji.
Pakej di buat oleh saya adalah win-win situation sama ada di pihak bakal pengantin ataupun di pihak saya.Sasaran kami adalah golongan sederhana.Agak berpatutan dengan apa yg diberikan. Pakej kami tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tidak terlalu mahal sehingga golongan sasar saya tidak mampu, dan tidak terlalu murah sehingga menjejaskan market photografi sehingga digelar syarikat fotografi kebajikan yang mengharapkan ganjaran pahala semata-mata. Harga pakej yang saya keluarkan mengambil kira perkara yang dijelaskan tadi.
p/s : Pakej Photography jangan dilihat sebagai objek sahaja, seperti harga album atau gambar yang di cuci, tetapi lihatlah dari sudut seni yang subjektif yang boleh menarik perhatian anda.
2 ulasan:
salam.. bro.. bila SLP nk berhenti dari amik gambar2 senget? saya x rasa itu seni.. kalau nk dijadikan itu trademark SLP sekalipun carila trademark lain.. lagi satu harap SLP lebih teliti dlm pemilihan background dlm potret2 outdoor.. nmpk berserabut.. apa pn maaf klu teguran ini tidak digemari.. klu btul amik la.. klu rsa x btul abaikan..
Wsalam. SLP takkan berhenti ambil gambar senget..apetah lagi melayan orang senget ;D....SAYA RASA ITU SENI. dan fotografi itu perkara subjektif. kalau anda tak suka belacan,jgn goyang sebab ade org lain yang suka...perumpamaan mudah utk fotografi....lagi satu harap anda lebih teliti dalam memberi komen...fotografi,background,composition dan mood bergantung pada majlis....serabut bukan kuasa fotographer dan bukan pendapat personal..masing2 punya ketelitian sendiri dlm shoot foto,. Maaf juga kerana teguran anda memang tidak digemari dan bersifat syok sendiri...sah2 tak betul langsung apalagi nak ambil...._DENGAN NAMA (BUKAN PENGECUT)
Catat Ulasan